Back to melaka

Hari sabtu memang bersejarah sebab member aku babar bersanding kat muar. dah kawin pun sabariah tu..haha..ingat lg first dengar nama dia, rasa klasik gila. ye lah, susah apa nk cari org yg guna nama lama lg.
dia dengan pasangan, farid, dah bertunang bertaun2. sebelum aku kenal dia lagi 4 tahun dulu kat mmu.

dari cyber aku gerak ngan lang n zahid, lepak umah atan dulu jumaat tu.sampai2 je trus cari kedai makan kat melaka..rinduuu.
Hari sabtu lepas abis attend wedding babar n farid..kami berfoya2 jap kat melaka..pastu trus gerak balik cyber.nasib baik ada zahid yg tolong antar aku sampai ke cyber.hehe

21/11/2009

riang kekenyangan

:(

Dah start sem baru. Sedih tinggal umah lagi..dengan results yg tah pape,fail sana sini..haihss..lama lagi la jawabnya aku belaja ni.
Macam-macam aku pk ni..hal study, duit, family, kawan2, semuanya buat serabut je..taktau macam mana aku nak buat ngan masa depan ni.
Abah kecewa camna pun dia tetap cakap ‘buat la apa yg cik rasa baik’.
Masalahnya aku xtau pun apa yg baik untuk aku sekarang. kalau boleh aku xnak susahkan dia lagi..ermm..perlu ke aku kawin je? hehe

Raya haritu ada konvoi beramai2…hsmate n member2 lain..dari kl sampai la ke Ipoh..patutnya kl lajak g kedah umah aku..tapi x jadi. Overall konvoi memang best..singgah umah dila yg serba putih tu,tido umah nina kat rawang, umah ayu kat ipoh..makan kat umah diorg memang TERBAEK.! Kat ipoh sempat singgah cameron highland..balik tu buat surprise sambut birthday amy yg ke 22. Aktiviti camni bagus kalau buat lagi..makan-makan..gelak-gelak..lepak-lepak..TERBAEK.

DSC_0166

Warga Konvoi

DSC_0236

Belakang umah ayu

DSC_0280

Cameron Highland

Hali laya

Sebulan berpuasa..Sebulan beraya jugak ke? huhu..takde nye..seminggu je raya..selebihnya exam week ler.
Dah final exam ni..kjap sgt..rasa x puas lg study sem ni.ahak. aku xtau la result camne dgn study tunggang langgang, campur ngan mood raya tak abis2..hadoii la..ntah apakan terjadi dgn cgpa ku.

Raya tahun ni..macam biasa..kat kampung.meriah dgn sanak sedara.pagi raya je cam sunyi sbb along n abang e raya umah mertua.tinggal aku ngan capit beraya ngan abah mak. kami terima tetamu smpai kul 11 je pg tu, pastu ‘close house’ sebab tuan rumah p beraya.
1st day raya kami pegi 3 buah rumah je..jarak jauh wlpun still kat dlm kedah.rumah 1st, makan makan..naik kereta tidur..sampai rumah 2nd, makan makan lagi..pastu naik kereta tidurr..rumah 3rd, aku sempat tgk cermin sebelum teruskan aktiviti makan makan..ohhh..COMOT nya saya !ada taik mata..tudung dah senget senget..mesti makcik tu berkata kata dlm hati dia ‘baru ingat nak buat menantu,tapi comot cenggini..REJECT!’
2nd day..3rd day raya…baru la OPEN HOUSE.
sanak sedara kunjung mengunjung
beri memberi duit raya
rasa merasa kuih raya
bergelak ketawa bergurau senda
yang sempat mengumpat pun ada
budak budak dapat duit raya
yg dewasa berputih mata
bila mlm tolong pasang pelita
sambil sambil main mercun bola
yang tua riuh dengan cerita
teruna dara sempat main mata
ramadhan lepas kita dah berpuasa
bulan SYAWAL sebagai ganjaran nya !

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..

Aidilfitri 2009

Aidilfitri 2009

Black Heart

You talk about life, you talk about death,
And everything in between,
Like it’s nothing, and the words are easy.
You talk about me, and you talk about you,
And everything I do,
Like it’s something, that needs repeating.
I don’t need an alibi or for you to realize,
The things we left unsaid,
Are only taking space up in our head.
Make it my fault, win the game
Point the finger, place the blame
It does me up and down,
It doesn’t matter now.

===========================================

**Berjinak-jinak dengan dapur dan buku. Dapur untuk raya..kakak sebok ajak tolong buat muffin. Buku untuk Test dan Final EXAM !! shit.sekali lagi beraya dengan tak tenang.Exam dah dekat.huarghhhhhh!

E.X.A.M !

E.X.A.M !

Hari jadi saya

Sudah genap 22 tahun saya hidup di muka bumi ini. Setiap tahun saya menyambut hari jadi. Kadang-kadang meriah kadang-kadang lonely. Dulu dengan family, abah bawak keluar makan je pastu gedik-gedik mintak hadiah dengan muka tak tahu malu.
Bila dah besar, abah tak ingat pun. Kalau ingatkan dia, nnt dia kata “abah masuk duit je lah,hadiah beli sendiri”.hehe..mmg family aku bukan jenis sambut birthday pun.

Dengan kawan-kawan sentiasa meriah. tak pernah jemu buat surprise. Aku pulak tak pernah jemu buat2 suprise.ngeh3..
Rasa bertuah ada kawan2 yg ingat, yg sayangkan aku. Aku ni bukan kawan yg baik..sebab aku bukan seorang yg caring. Aku tak caring kat kawan2, kat family, kat diri aku sendiri pun kadang2 terabai. Pernah jugak cuba nk berubah..tapiiiii…rasa pura2 sangat.hehe..so takpe lah.asalkan aku still ingat, still sayang kawan2 n family, aku rasa cukup lah tu.

Birthday ke 22…member2 buat suprise letak POCONG kat back seat kereta aku ! gilo ke hapo..tak pernah lagi aku kena usik hantu2 cenggini.Bulan posa plak tu ! siap record lagi tuh detik2 suprise kat carpark umah aku. Haih..nasib baik aku tak melatah..kalau tak aku yg lompat2 jadi pocong.hehhe

Dah masuk 22 tahun..aku sentiasa ingatkan diri supaya BEHAVE ! Kalau dah dengan sesapa yg aku leh buat geng, aku jadi lupa diri. Lupa yg aku sebenarnya bukan 12 tahun lagi.hehehe

**Froggy dah ada kawan. nama dia Nitty. Gemuk mcm Froggy jugak.Aku xde space nk tdo lg..katil aku penuh ngan 2-ekor tu.

**thanx for the give.Zul,Nina,Ain.thanx kawan2 yg susah payah buat suprise.Dila,ayu,nina,naqib,zul,man.abit. Semoga korg dirahmati ALLAH.

saya dan pocong

saya dan pocong

Ramadhan dah tiba

Pahala dan kelebihan SOLAT TERAWIKH..x terhingga byknya..semuanya datang dari ALLAH S.W.T.

================================================

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi Kelebihan orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

==============================================

Marilah beramal ibadat-buang yg keruh ambil yg jernih-jauhkan yg makhruh bykkan yg sunat-tinggalkan yg jahat dekatkan yg mulia.

Teman2 yg membaca..Ampun dan maaf sepanjang kehidupan.

so simple minded

Redang trip ! dah lepas..haha..dan saya demam sesampainya di sana.1st day kat sana terus demam..lancau.Ter-miss trip snorkeling yg 1st sebab tak larat sgt..TAPI…still cuba enjoykan diri..
Suasana tu dah tak ambik kisah sgt..asalkan ada pantai..ada laut..ada pasir..ada hammock..ada beach boy..oppss..dah NJOY!

===============================================

Dah habis ganti puasa (last minute). Next week dah nak puasa pun.Tahun ni puasa jauh lg dari family..dekat dgn kawan2.ok lah tu.

Dah planning nak sambut puasa ngan Ain. Antara tentative yg dirancang, nak terawikh 1st day sesama(sambil cari mak mertua..tu ain pnya niat), nak shoping raya, nak spend time together gether. Huishh..Kena meraikan Ain da baik demam.Suspek H1n1. Bahaya sekarang ni. Kena pakai mask ke mana2. Cuma x tahan terpekup dlm mask tu selalu.kalau sendawa bau sendiri..perghh..kalau mkn belacan sebelum tu?terr-baek ! haha

Dan sekarang aku malas nak pk apa2. Sebelum2 ni pun aku memang bukan seorang pemikir..cuma sekarang aku lagi lagi lagi lagi malassssssss nak ambik tau pasal hati dan perasaan. Walau macamana ter-bentang nya..jelas-nya..ter-bukanya..keadaan..aku tetap dengan pendirian aku..walaupun xde sape paham apa yg aku bebel..suke-lah aku nk bebel..bukan kena bayar.

**Cam teringin nak puasa kat umah la plak…

Good evening AA help desk…

Last day working..YATAAA !
Masih di ofis..beberapa minit lagi sebelum log out call master. Jam 05:47 pagi waktu malaysia. Jam 10:47 malam waktu UK. Tepat jam 06:00, berakhirnya kontrak bekerja selama 3 bulan di scicom.
Tiada lagi suara examiner dengan accents UK-nya, tanya itu ini, komplen itu ini, marah itu ini.
Yang baik hati,yang peramah,yang cerewet,yang bijak ada gelaran PHD tapi xtau tekan ‘ENTER’ kat keyboard,yg tunggu satu jam tapi langsung tak marah, yang nangis sebab system down.Haihss..yang macam2 lagi.
Lepas ni dah xleh layan examiner lagi. Ermm,sebenarnya suara lelaki yg ada accents UK sangat SEXY yaww~ (accents lelaki spanish pun..hikhik)
Insyaallah..After this I’ll get back my proper sleep ,proper food, proper study and proper life..
Ha-ha..Alasan.Kang tak kerja pun aku membongkang gak tdo petang..Ceh !

Available now !

epilogue
Dan sememangnya buku terakhir helios eclipse dah keluar.
Ending nya..ermm..boleh lah..kurang memuaskan sebenarnya..
hehe..tapi takper lah..Kaoru mesti pening nak buat ending camtu. Walaupun sad ending, tapi helios still dengan mineko ^_^

=================================================
Ada kawan2 yg merana hati kebelakangan ni (*sigh*)
Walaupun tak campur problem org, tapi still sayang kawan2.
Untuk trip yang insyaallah akan terlaksana.KAMPAI..

Pulau redang

Updates..

YANG NAK DIBELI:
1. Meja tulis
2. RAM laptop
3. headset
4. new bags
5. new shoes

YANG DITUNGGU :
1. Redang trip
2. Twilight saga : New moon
3. Harry potter : Half blood prince
4. Reunion with school mates
5. FiFa world cup 2010..eh?

YANG LEPAS :
1. Michael Jackson passed away (sob..sob..)
2. Busy day in office
3. Hair cut

YANG DI IDAM KAN :
Mont Blanc Sunglasses ( MB214s) !
Harga RM 1000++
WATAFUARKKK..! ada yg nak tolong belikan?? hukk..

please..i want this !

please..i want this !

Next Page »